Alhamdulillah dan Tahniah!
Kejayaan ank2 kalian sgt mengujakanku. 2 di U, 2 di asrama penuh, 2 di tahfiz...
Ank aku semua sekolah harian biasa je. Yg sulong dah ada kat univerct Seoul Korea. Perempuan. dulu pun sekolah men dkt rumah.
Yg kedua kat Kolej Vokasional je. Lelaki
Yg ke tiga, sekolah menengah dkt rumah. Lelaki
Yg ke empat Djh 5 tahun dpn.
Yg ke lima kat Pasti lagi. Umur 5 tahun, tahun ni.
Nampaknya perjalanan ank kalian lebih menarik. Cita2 aku supaya ank asrama penuh belum kesampaian, sampai ank ke 3.
Semoga kalian terus jadi emk bpk yg cemerlang. Ank2 yg menyejukkan Pn Ros dan Rjb. Aaminn ya robbal alamin.
Magrib dah bertandang lg. In sha allah jumpa lagi.
Sunday, 29 November 2015
CATATAN UTK SEORANG SAHABAT
Assalamualaikum Pn Ros dan Sahabatku Rjb
1. Pada ruang ini aku memohon maaf kerana, terlalu lewat utk reply segala pertanyaan khabar, dan terima kasih kerana masih ingat aku di bumi Pt Sulong ini.
2. Tentunya aku rasa serba salah, kerana ketika kalian meminta pertolonganku, aku tidak dpt membantu, sebagaimana sms bulan september yang lalu. Aku tidaklah kaya dan aku hanya bekerja seorang, dgn 5 org ank, tentulah aku tak dpt berbuat apa2 apb kalian mengajukan pertanyaan itu.
3. Aku harap Rjb bersabar dgn dugaan itu. Dan kudoakan agar Rjb cepat pulih. In sha Allah satu masa, akan kucari rumah baru kalian.
4. Tentang tawaran bisnes tu, sebenarnya, aku dah tak nak cari org, atau melabur dlm apa2 pelaburan. Aku lebih kepada jual brg, dan aku dpt untung segera. Jadi aku mintak maaf byk2. Bisnes yg aku buat skrg hanya stevia, dan satu lagi Bio Asli yg kubuat sejak 2008.
Aku tidak kecik hati, cuma tak tau nak menjawab bagaimana segala soalan. Kalian tak pnh bersalah kepada aku. Kalian org yang hebat.
Sekian, semoga Allah sentiasa memberkati hidup kalian. Tentu ank kalian dah besar2. Berapa orang ya
Kusudahi dgn,
Wasalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.

Posted by
Mat Som Sadona
Tuesday, 3 November 2015
TAHUN 6 PUNYA UCAPAN
Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.
Yang beruasaha
Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, SK Seri Pasir, En Abu Bakar
Bin Sarip, Yang saya hormati Penolong Kanan 1, En Zakaria Bahari, Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid En Md Janis Bin Abd Rahman, Penolong Kanan Kokurikulum Cikgu
Nasrun, guru-guru dan seterusnya, rakan-rakan sekalian.
Sidang hadirin yang dihormati,
Tanpa kita
sedari, masa berlalu dengan begitu pantas. Tempoh enam tahun dirasakan umpama
semalam sahaja. Kini, kita sudah berada pada penghujung tahun terakhir di
sekolah rendah, iaitu tahun enam. Maka, minggu ini merupakan minggu terakhir
kita menuntut ilmu di SK……… yang hebat ini. Begitu berat rasanya untuk
meninggalkan sekolah yang tercinta ini.
Begitu hiba rasanya untuk kita berpisah dengan guru-guru
yang amat dedikasi dan prihatin untuk mendidik serta mengasuh kita. Namun
demikian, apalaah daya kita untuk menghalang waktu untuk terus berlalu,
lantaran setiap pertemuan pastinya akan berakhir dengan perpisahan. Justeru
itu, walaupun berat hati untuk berpisah, kenyataannya perpisahan itu pasti akan
hadir.
Guru-guru yang dikasihi dan dihormati,
Jasa dan bakti
guru-guru terlalu besar buat kami semua. Tidak akan terbalas dengan wang
ringgit dan harta benda untuk segala bakti yang kalian curahkan kepada kami.
Pastinya akan kami kenang selama-lamanya selagi jantung dan nadi ini masih
berdengup dan berdenyut. Pada kesempatan ini, saya mewakili rakan-rakan ingin
menyusun sepuluh jari untuk memohon kemaafan dari hujung rambut sampai ke
hujung kaki kepada guru-guru yang dikasihi. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa dan bakti yang
telah guru-guru abadikan kepada kami.
Maka dengan ini
sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima
kasih kepada semua guru yang telah mendidik dan membimbing kami selama ini dan
maafkanlah segala kesilapan dan kesalahan kami. Kepada rakan-rakan pula,
selamat menempuh alam sekolah menengah yang tentu jauh bezanya dengan budaya di
sekolah rendah.
Semoga kita akan terus membina kecemerlangan dan terus
berbakti kepada ibu bapa kita serta masyarakat dan negara. Gunakanlah segala
ilmu yang telah guru-guru kita curahkan untuk melayari alam remaja dan
seterusnya dewasa dengan penuh ketabahan, keimanan dan ketakwaan.
Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga.
Sekian, terima kasih.
Posted by
Mat Som Sadona
Subscribe to:
Posts (Atom)