Friday 27 January 2012

VIDEO DR HARUN DIN


 Atok Komeng dan Hung Tuah antara yang menyebabkan ramai orang membidas mereka balik.

Semalam buka sahaja facebook, ramai rakan yang publishkan video Dr Harun Din bermimpi jumpa Rasullullah.


Aku sudah lama tahu akan hal itu kerana ceramahnya melalui CD tentang perkara ini telah aku dengar lebih kurang lima tahun yang lalu. Cuma FB dan Youtube pada masa itu belum ada lagi. Dengan tersiarnya ia di Youtube dan Facebook bertambah ramailah yang dapat mengetahuinya.


Bukanlah mudah untuk kita bermimpi berjumpa Rasulullah. Arwah ustazku dulu (Allahyarham Ustaz Maarof) pernah juga bercerita bermimpi berjumpa Rasulullah sewaktu terlelap sekejap di tanah suci Mekah.


Yang aku naik darah semalam ni bukan apa, dalam Facebook tu adalah beberapa insan yang mungkin belajar agama pun tak habis, menulis dengan sesuka hatinya, ikut sedap mulut. Biasanya aku tak menyampuk dalam perdebatan itu. Tetapi sebab semalam dah tak boleh tahan tengok tulisan beberapa manusia di situ, aku pun terpaksalah bersuara. 


Nasihat aku, kalau nak tulis apa-apa dalam FACEBOOK, BLOG, TWITTER dan seumpamanya, usahlah sampai mempamerkan kejahilan diri sendiri. Atau mungkin barangkali dia golongan munafik yang meresap dan ingin menyesatkan orang lain.

Bolehkah saya memakai tangkal untuk menghalang kejahatan atau hasad dengki manusia?

Di zaman permulaan Islam amalan memakai tangkal digunakan ramai masyarakat jahiliyyah. Raslullah s.a.w telah mengharamkan pengunaan tangkal dan menggantikan dengan pengunaan ayat al-Quran dan doa, khususnya memohon daripada Allah S.W.T menghindari dari sesuatu yang tidak diingini.
Dakam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya, juzuk ke 4 halaman 156 disebut hadis yang mafhumnya, “Sesiapa yang menggantung tangkal, maka sesungguhnya dia telah melakukan perkara syirik.”
Hadis ini merupakan hadis umum. Berlaku suatu ketika apabila sahabat-sahabat menerima ayat al-Quran daripada Rasulullah s.a.w, diamalkan untuk menghindari ganguan, menulis ayat tersebut dikertas dan menggantungkan kepada anak-anak mereka yang belum boleh membaca al-Quran.Bila dirujuk kepada Rasulullah, baginda tidak melarangnya.
Ada sebahagian pendapat jika tangkal tersebut diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, maka ia diharuskan.
Pandangan ulama-ulama muktabar yang dipetik daripada Kitab al-Fatawa az-Zahabiyyah (Fatwa-fatwa yang amat berharga) pada halaman 253 bagi soalan seperti dikemukakan ini, dijawab bahawa, “Adapun penulisan ayat-ayat al-Quran dan nama-nama Allah S.W.T untuk dijadikan tangkal, maka ulama-ulama berselisih pendapat di kalangan ulama-ulama salaf ada yang mengharamkannya secara mutlak dan ada sedikit yang mengharuskannya, dengan syarat-syarat khusus. Yang paling sahih, bahawasanya penggunaan tangkal-tangkal sama ada al-Quran atau tidak, dilarang dalam hadis-hadis terdahulu. Tentang keharusan yang Rasulullah berikan kepada beberapa orang sahabat, itu adalah pada permulaan Islam. Apabila iman sudah tertanam dalam diri dan untuk mengelak daripada keburukan-keburukan yang boleh menjejaskan iman, maka, dilarang sama sekali penggunaan tangkal, walaupun menggunakan ayat al-Quran kerana, 1; mencegah daripada keburukan yang lebih besar, 2; menjaga kesucian al-Quran dari terbawa dalam tandas dan 3; membulatkan keyakinan bahawa Allah Taala sahaja yang melindungi manusia daripada segala-galanya.”

Jawapan oleh Dr Dr Harun Din Harakah Dialy