Wednesday, 5 December 2012

RABU YANG KELABU BERLIKU

Kejap-kejap handphone menjerit......&32*$#+=@$4";
Ia benar-benar gawat dan mengganggu tugas aku pagi ini
Pagi ni giliran aku bertugas menjaga sekolah
Aku start kreta dan menuju ke lokasi dimaksudkan.......

Ya Allah, apa dah jadi dengan anak bujang ni?
Dia cuma bertshirt tanpa seluar, kemudian bersilat di depan rumahnya
Berguling-guling...Kadang-kadang dia memanjat tiang elektrik...
Aku datang dan terus tepuk bahunya dengan kuat....
Dan dia melompat mengambil kaca
Lalu menghunuskan kepadaku
Aku tendang tangannya...dan tertanggallah kaca itu
Bulu roma aku berdiri....

Aku berundur......
Dan yang kuhadapi ini bukan dia lagi
Tetapi satu kuasa asing yang telah masuk ke dalam badannya...

Tiba-tiba saja seorang lagi anak saudaraku
Perempuan itu ...
Menjerit dan ketawa mengilai-ngilai
Adik-beradikku ketakutan
Aku ke rumah bondaku
Dan menepuk bahu anak saudaraku yang sorang lagi itu

Aku gementar, kenapa jadi begini teruk?
Aku melaungkan AZAN dengan penuh perasaan
Dan memohon bantuan Allah .....
Adik N terus terkulai layu di atas lantai

Aku pun cepat-cepat menelefon Kak Long.....
Dia datang dengan segera tanpa sempat menjamah walau sesuap nasi yang dimasaknya

Aku segera berbincang dengan Kak Long,
Kang Juri.....apa yang harus dibuat sekarang
Kak Long ....bagaimana ni...?
Situasi begitu serius ni

Bujang itu dihumbankan ke dalam rumah
Dia melemparkan tshirtnya dan bertelanjang
Pintu dan tingkap segera ditutup
Dia menjerit, meraung
Buih-buih keluar daripada mulutnya.....

Kak Long bertanya....kita panggil polis...
Tak apa Kak Long...
Aku panggil dulu Tok Dollah......
Aku sepantas boleh memandu kereta ke rumah Tok Dollah
Tok Dollah dah tua sangat
Dia tak mampu nak datang
Dia bagi aku sebotol air.....
Suruh minum dan mandi....kan.....

Dah minum......Kang Jo berani meminumkannya
Namun bujang itu masih menyeringai menakutkan
Hait...hiat!...hahahahah hehehehe!

Oklah Kak Long
Kita DAH tak boleh buat apa-apa
Masalah ni tak akan selesai....
Panggil polis sekarang juga!

Helllo...hello.....saya perlukan bantuan Tuan sekarang
Datang ke sini rumah tiang 34

Satu jam kemudian seorang anggota datang
Meninjau.....
Ini saya kena mintak bantuan yang lain
Bagi saya masa .....


 Hanya dua gambar ini sahaja yang dapat aku pamerkan, yang lain biarlah menjadi simpanan abadi aku, kerana ia sangat memilukan hati-hati yang melihatnya


Tak lama datang dua buah kereta
Lima anggota polis datang
Bujang itu ditangkap dan digari bagai penjenayah dikehendaki
Nak buat macamana
Keadaannya menakutkan...

Dua tiga orang kampung datang menyaksikan
Aku tetap tidak menangis walau setitis pun
Aku mesti menjadi kuat
Kak Long dan adikku Ustazah menangis berjurai-jurai
tidak tertahan lagi

Aku bawak Kak Long dan F
Mengekori dari belakang

Dari Klinik SM
Dan mereka tak sanggup menangani masalah ini....
Bujang itu dibawa kereta polis ke balai untuk urusan bertulis
Kemudian kereta kami meluncur laju ke Hospital Sultanah Nora

Doktor pakar psikiatri yang merawatnya
Mengajukan beberapa soalan tentangnya
Ada kekasihkah...?
Stresskah?
Malam dia tidur tak?
Sejak bila dia menerima gangguan?

Seorang anggota polis sentiasa mengawalnya
Hingga dia dimasukkan ke wad 3

Aku bisik kepada nurse yang manis itu
"Tidak membahayakan pesakit-pesakit lainkah nanti, sedangkan garinya telah dibuka?"
"Dia telah diberi rawatan oleh doktor pakar, kalau dia menjerit dan bertindak, kami akan tangkap dia"

Ramai pesakit lain di situ
Tetapi sakit lain, macam-macam sakit
Katil penuh macam mangsa perang
Di tengah-tengah pun penuh dengan katil
Dua orang lagi tu pun sakit yang sama dengan bujang itu

Dah nak malamlah Kak....
Aku pun keluar rumah sejak pagi buta lagi
Ni aku nak baliklah Kak

Biarlah dia dijaga kerajaan.....


Update Blog: Khamis 6 Disember
 Lepas Asar tadi aku menjengoknya ....hujan begitu dahsyat sekali....macam nak qiamat rasanya.....
Gelapnya.....semoga masa depanmu tidak segelap cuaca petang ini.....Khamis 6 Disember...Eh hari ni dia dah kenal aku. Dia cerita Mak Long, Pak Long, Cik Rosli, Cik Manah datang tengah hari tadi.....Eh...ada perkembangan....tapi......dia masih aneh....
 "Nak baliklah Cik....boringlah, panas...."
"Selamat Hari Raya.....Aidil Fitri Mulia....Ayah ajar buat ketupat...tapi tak jadi-jadi!"...hancur plastik itu digentel-gentelnya, ditarik-tariknya....

p/u: Dia dihantar dan kos minyaknya dibiayai oleh pembayar cukai rakyat Malaysia. Maaf ya...kami tak terdaya menangkapnya.