Saturday, 8 September 2012

FOTO-FOTO RAMADHAN DAN SELEPAS RAYA


Hamba ada satu blog lagi. Blog hamba ni banyak. Pusat utama blog hamba ialah DI SINI.
Blog ni untuk memasukkan isu-isu tertentu dan gambar-gambar tertentu (gambar yang dikira berkualiti saja kononnya).Yang rahsia-rahsia kat blog lain pulak. Pendek kata hamba punya sukalah. Yang penting yang hamba luahkan tidak melanggar akidah dan undang-undang negara.

Blog hamba yang satu tu tak boleh masuk gambar sebarangan. Kerana anak-anak murid hamba pun dah pandai komen itu dan ini. Apatah lagi kawan-kawan hamba yang bijaksana dan bestari  tu. Ada saja kesempatan akan membelasah hamba dengan pedang-pedang komen mereka.

Yang paling hamba tak suka, orang tegur tentang tatabahasa. Hamba ni ketua BM di sekolah. Cukuplah di sana hamba bertatabahasa di tempat kerja. Hamba pun manusia biasa. Nak bercakap juga macam orang lain. Nak juga mengucap cantek giler...dan entah apa-apa lagi bahasa sekarang ni.

Kalau nak tengok hamba bersopan santun masuklah blog hamba yang INI.

Justeru, blog ni tujuannya untuk album gambar, di samping nak melarikan diri daripada mereka. Blog ni pun kalau tak ada yang baca, lagi hamba suka. Harap-harap kalian tidak sesat ke sini.

Di bawah ni ialah foto-foto daripada kamera murah hamba. Daripada didelete elok hamba simpan di sini, ada jugak fekdahnya.....inilah wajah hamba yang semakin kusam, kerena jarang guna bedak sejuk.










Ni gambar baru. 31 Ogos, jiran hamba meninggal. Dah tua. Gambar ni hamba edit jadi
zaman dulu, sebab umur jiran hamba ni dah hampir 75 tahun.