Atok Komeng dan Hung Tuah antara yang menyebabkan ramai orang membidas mereka balik.
Semalam buka sahaja facebook, ramai rakan yang publishkan video Dr Harun Din bermimpi jumpa Rasullullah.
Aku sudah lama tahu akan hal itu kerana ceramahnya melalui CD tentang perkara ini telah aku dengar lebih kurang lima tahun yang lalu. Cuma FB dan Youtube pada masa itu belum ada lagi. Dengan tersiarnya ia di Youtube dan Facebook bertambah ramailah yang dapat mengetahuinya.
Bukanlah mudah untuk kita bermimpi berjumpa Rasulullah. Arwah ustazku dulu (Allahyarham Ustaz Maarof) pernah juga bercerita bermimpi berjumpa Rasulullah sewaktu terlelap sekejap di tanah suci Mekah.
Yang aku naik darah semalam ni bukan apa, dalam Facebook tu adalah beberapa insan yang mungkin belajar agama pun tak habis, menulis dengan sesuka hatinya, ikut sedap mulut. Biasanya aku tak menyampuk dalam perdebatan itu. Tetapi sebab semalam dah tak boleh tahan tengok tulisan beberapa manusia di situ, aku pun terpaksalah bersuara.
Nasihat aku, kalau nak tulis apa-apa dalam FACEBOOK, BLOG, TWITTER dan seumpamanya, usahlah sampai mempamerkan kejahilan diri sendiri. Atau mungkin barangkali dia golongan munafik yang meresap dan ingin menyesatkan orang lain.