Saturday, 21 October 2017

Wednesday, 30 August 2017

KISAH ISTERI YANG DICILIKAN

CEMBURU BUTA MEMBAWA DERITA

Pada awal pagi yang permai ini, aku ingin menceritakan sebuah kisah benar yang berlaku. Orang-orang kampung itu terutama yang tua-tua, tahu benar cerita ini. Ia bukan cerita epik atau cerita rekaan, atau cerita yang menyamai watak Raja Suran di negeri Antah Berantah. Ia adalah benar dan sangat benar belaka, berlaku di sebuah kampung dari sebuah pekan  yang penuh sejarah, yang mana segelintir penduduknya pernah mencipta sejarah, menyerang Balai Polis Batu Pahat pada tahun 1980.

Namun hari ini aku bukan hendak menceritakan sejarah hitam itu. Aku ingin menceritakan kisah sepasang suami yang penuh misteri.

Setelah sekian lamanya berumah tangga adanya, maka mereka tiada dikurniai anak. Semuanya sudah suratan takdir, mereka terus bersabar dan redha dengan ketentuanNya itu. Pakcik Samdol (bukan nama sebenar) percaya kepada rukun Iman yang keenam, iaitu percaya kepada Qada dan Qadar. Sudah sekian banyaknya usaha yang dibuat, namun akhirnya begitulah juga.

Apabila Pakcik Samdol pergi bekerja, tinggallah Makcik Putih yang pada masa itu masih muda jelita seperti pelakon adanya, tinggallah bersendirian di rumah. Dia hanyalah bertemankan seekor kucing kurus dan beberapa ekor kambing kampung buat menghiburkan hati. Biasanya Pakcik Samdol akan bekerja seawal jam 7.00 pagi sehinggalah jam 5.00 petang. Kebun getahnya yang terletak sepuluh batu dari rumah menyukarkannya untuk berulang alik. Waktu pagi menoreh getah dan pada sebelah petangnya bercucuk tanam seperti pisang, jagung dan pokok sayur-sayuran.

Setiap pagi Mak cik Putih mengemas rumah. Tengah hari memasak untuk dirinya sendiri. Sebagai isteri yang setia, setiap pagi dia membawakan bekal nasi berlauk ikan keli atau ikan haruan masak cili padi kegemaran suaminya yang perkasa itu. Petangnya Makcik Putih awal-awal lagi telah memasak untuk suaminya yang akan pulang. Biasanya, suaminya akan makan pada pukul 6.00 petang. Di rumah itu tiadalah radio atau televisyen, samalah seperti rumah-rumah yang lain, kerana ketika itu tahun 1960an.

Sedang dia menghiris-hiris bawang tiba-tiba terdengar ada tetamu memberi salam.

" Assalamualaikum......!"

Makcik Putih mengintai dari dinding rumah. Dia agak pelik, kerana sudah tiga tahun berkahwin dengan Pakcik Samdol, tiadalah tetamu yang datang ke rumah melainkan hari Raya. Ini mungkin disebabkan rumahnya itu terlalulah jauh ke dalam dan melalui belukar yang penuh dengan harimau, beruk dan monyet .

Setelah diamat-amati, rupa-rupanya yang datang itu pakciknya, Pak  Sukarjo. Sudah sepuluh tahun dia tidak bertemu dengan pakciknya itu.

" Masuk Cik, masuklah rumah saya yang buruk ni"
" Ya Allah, lama betul aku tak jumpa kau, dah besar panjang dan jadi bini orang, suami kau mana?"
" Abang kerja, begitulah setiap hari, kebunnya jauh nak buat macamana, kejap ya saya buat air kopi"

Kopi hitam yang dipanggil kopi gobres pun telah siap dibancuh.

" Cik selama ni pergi mana? Sampai lama tak balik kampung? Saya kahwin pun tak balik? Sampai hati tau"

" Cik ni merajuk dengan atuk kau, pedih sungguh penghinaanya, Cik marah sangat masa tu, jadi Cik lari pergi Singapura, kerja kapal, lama-lama Cik tak tahan, rindu sangat dengan nenek, rasa bersalah dengan atuk, cik baliklah"

Sedang berbual-bual itu maka kedengaran bunyi basikal di bawah rumah. Makcik Putih menjemput suaminya seperti biasa. Tetapi Pakcik Samdol berwajah masam mencuka tidak senyum seperti biasanya. Makcik Putih yang ketakutan tidak sempat menerangkan siapakah tetamunya itu. Hendak bercakap, lidahnya terkedu.

" Oh ni suami kau ya, apa khabar, saya....."
" Berbuallah kau dengan bini aku sampai mampus!"

Pakcik Samdol terus ke dapur. Makcik Putih terduduk dan menangis.

" Sabar, suami kau salah faham, selama ini kau tak cerita ke tentang pakcik kau ni?"
" Ada, tetapi gambar pakcik pun tak pernah nampak, hari ni dia dah menyangka pakcik ni jantan mana"
" Baiklah kalau macam ni, pakcik baliklah"
" Maaflah sangat apa yang berlaku, esok lusa baikllah laki aku tu"

Setelah pakciknya pergi, Makcik Putih pun ke dapur, dia melihat suaminya dengan penuh serius menumbuk cili. Penuh lesung batu yang besar itu dengan cili api yang berwarna hijau itu. Lain macam sungguh dia menumbuk cili itu. Selama ini pun suaminya itu tidak pernah menumbuk cili, kerana dialah yang menyiapkan segala makanan suaminya itu.

" Bang, lelaki itu sebenarnya......."
" Ah sudahlah, ini rupanya kerja kau selama ini!?"

Tiba-tiba Pakcik itu menyelak kain Makcik Putih dan memasukkan segenggam cili ke xxxx nya! (maaf cerita di bawah 18 xxx).

" Biar aku ajar kau cukup-cukup hari ini!'

Makcik Putih KEPANASAN dan lari ke bawah, menuju kolam di mana air yang jernih di kolam itulah buat mereka memasak dan digunakan untuk mandi. Oleh sebab keadaan yang menyiksakan itu, Makcik Putih berendam di kolam itu dua jam lamanya.

Esok paginya, Makcik Putih menyediakan sarapan. Seperti biasa suaminya minta bekal air jarang untuk dibawa ke kebun. Pagi itu keadaanya telah seperti biasa, cuma mereka tidak berbual. Masing-masing menjalankan kerja rutin mereka.

Setelah kepenatan menoreh, Pakcik Samdol mencapai air jarang di dalam botol yang dibawanya.
Tiba-tiba .........dia tersedak.

"Pedasnya!"

" Tak guna! Kurang ajau!Takkan air satu kolam boleh pedas hanya dengan segenggam cili? "

Begitulah berakhirnya kisah benar itu. Kisah yang belum pernah keluar di mana-mana blog, cerpen, jurnal, majalah atau akhbar. Tetapi cerita ini bukan rekaan melainkan cerita yang amat amat benar berlaku. Cuma ada tokok tambah untuk menyedapkan cerita. Aku dengar cerita ini pun dari seorang Tuan Haji yang ada misai nipis, dan kalau dia cerita mesti masem-masem!

Pengajarannya banyak di sini. Anda sendirilah yang memikirkannya.

Hahahaha....Semoga cerita ini memberi iktibar kepada saudara saudari yang nak nikah tu...jangan cemburu buta, kerana ia membawa derita.

Sunday, 9 April 2017

KISAH MINGGU INI